
Salam sejahtera.
Pra-publisiti: Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin mewar-warkan kepada rakan-rakan pempamer serta orang ramai bahawa kami akan mengadakan ‘Mobile E-Waste Recycle Campaign’ sempena Fiesta NBOS Sarikei selama 3 hari, yang mana kami menggalakkan orang ramai untuk mengkitar semula peralatan telekomunikasi berasaskan sim-kad yang telah rosak/tidak dapat diguna lagi/ingin dibuang – dengan cara yang selamat. Untuk setiap satu device yang kami terima untuk dikitar semula, kami akan memberikan voucher KFC bernilai RM10. Stok Voucher adalah terhad, siapa cepat dia dapat! Daripada buang or simpan sampai mereput, baik bagi kami dan anda makan KFC free. Terima kasih.
