mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik /IT – Suku Tahun Ke 1 – 2021

Nama     : Alexson Anak Edwin

Umur     : 18 Tahun

Ahli       : 2019

 

Latar belakang

Alexson Anak Edwin merupakan seorang pelajaran lepasan sekolah menengah dan peserta kelas yang rajin menghadiri kelas ICT. Beliau sering kali ke PIK Pekan Pakan untuk belajar menggunakan komputer. Beliau juga menggunakan kemudahan di PIK untuk memperolehi ilmu dalam bidang ICT seperti melayari internet, mahir menggunakan Microsoft office untuk Membuat Iklan untuk mempromosi barangan yang dijual, menaib surat ataupun minit mesyuarat. Disamping itu,beliau boleh menggunakan komputer dan mempelajari dengan lebih mendalam pasal ilmu komputer untuk bersaing dalam pasaran kerja dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di PIK saya hanya mengetahui asas-asas menggunakan komputer sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menjadi ahli PIK Alexson Anak Edwin kerap ke PIK untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PIK, saya lebih yakin diri. Semua maklumat yang diperlukan, kita hanya perlu menaip kata kunci dan menekan butang cari, kemudian terpapar segala maklumat yang dicari. Saya semakin pantas menaip dan lebih cekap membuat surat untuk rumah panjang saya dan semakin mahir menggunakan komputer.