|
Nama : Dila Anak Andrew Umur : 24 Tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Sebelum menjadi ahli PI Pekan Pakan, saya menjalankan aktiviti jualan barang saya secara offline.Saya menyimpan stock dirumah dan saya pergi berniaga dari rumah ke rumah. Namun setelah saya menjadi ahli PI dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI saya telah berjinak-jinak dengan perniagaan online dan hasil daripada perniagaan online ini yang saya perolehi sangat memberansangkan. Dahulu saya menyual kek puding ini secara offline, setelah mendapat tunjuk ajar dari petugas PI saya sekarang saya hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada saya secara online banking ataupun Bank In melalui mesin ATM, dan saya dapat menyemak bayaran secara Online di Online Banking saya sendiri ini memudahkan saya dan menjimatkan kos saya pergi ke Bank yang agak jauh. Saya juga sangat bersyurkur dengan adanya Pusat Internet ini untuk mempelajari dengan lebih mendalam pasal ilmu komputer untuk bersaing dalam pasaran kerja.
Bentuk Perniagaan
1. Menjual Kek Puding
2. Berniaga Secara Online dan Offline-Ke rumah-rumah panjang terdekat/saudara-mara, rakan-rakan dan rakan sepejabat.
3. Menjual Kek Puding Milo & Oreo, difacebook https://www.facebook.com/ideq.dhieylla
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk pergi berniaga dari rumah ke rumah. dan ini menyebabkan kos pengangkutan saya tinggi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli PI, Puan Dila Anak Andrew kerap ke PI untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI, saya lebih yakin diri. Saya semakin pantas menaip dan lebih cekap menggunakan komputer. Saya kerap belajar cara-cara mengira menggunakan Microsoft Excel dan belajar cara mengira, dan membuat iklan produk yang saya jual.Tugasan saya menjadi lebih senang, ia juga menjimatkan kos saya kerana melalui internet ini saya lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa saya berniaga online ini juga sangat jimat kerana saya hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan.
Sila lewati facebook saya :
https://www.facebook.com/ideq.dhieylla

