mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Online I Suku Tahun Ke 3 – 2021

Nama     : Christina Racha Anak Ebin

Umur     : 27 Tahun

Ahli       : 2021

Latar belakang

Sebelum menjadi ahli PIK Pekan Pakan, saya menjalankan aktiviti jualan barang saya secara offline.Saya menyimpan stock dirumah dan saya pergi berniaga dari rumah ke rumah. Namun setelah saya menjadi ahli PIK dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PIK saya telah berjinak-jinak dengan perniagaan online dan hasil daripada perniagaan online ini yang saya perolehi sangat memberansangkan. Dahulu saya menyual Bantal Leyna ini secara offline, setelah mendapat tunjuk ajar dari petugas PIK saya sekarang saya hanya promosi melalui online seperti di akaun Shopee, Facebook & Status WhatsApp, kini pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada saya secara online banking ataupun Bank In melalui mesin ATM, dan saya dapat menyemak bayaran secara Online di Online Banking saya sendiri ini memudahkan saya dan menjimatkan kos saya pergi ke Bank yang agak jauh. Saya juga sangat bersyurkur dengan adanya Pusat Internet ini untuk mempelajari dengan lebih mendalam pasal ilmu komputer untuk bersaing dalam pasaran kerja.

BENTUK PERNIAGAAN

1. Menjual Bantal Leyna

2. Berniaga Secara Online dan Offline-Ke rumah-rumah panjang terdekat/saudara-mara, rakan-rakan dan rakan sepejabat.

3. Bantal Leyna difacebook https://www.facebook.com/christina.racha.14

4. https://msha.ke/chrisleyna

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk pergi berniaga dari rumah ke rumah. dan ini menyebabkan kos pengangkutan saya tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menjadi ahli PIK, Puan Christina Racha ke PIK untuk mengikuti kelas ICT  yang dianjurkan oleh PIK ,Pn Christina juga belajar untuk membuat akaun Shopee untuk memperkembangan lagi penjualan Bantal Leyna untuk memudahkan pelanggan membeli dan mencari Bantal Leyna dikawasan  yang dekat ataunpun jauh . Saya lebih yakin diri serta semakin pantas menaip dan lebih cekap menggunakan komputer. Saya kerap belajar cara-cara mengira menggunakan Microsoft Excel dan belajar cara mengira, dan membuat iklan produk yang saya jual.Tugasan saya menjadi lebih senang, ia juga menjimatkan kos saya kerana melalui internet ini saya lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa saya berniaga online ini juga sangat jimat kerana saya hanya duduk, terima order dan  pos order pelanggan.

Sila lewati facebook saya: https://www.facebook.com/christina.racha.14

Web site : https://msha.ke/chrisleyna