mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Online Suku Tahun Pertama 2019

 

Nama     : Asira Bata Anak Layang

Umur     : 18 Tahun

Ahli       : 2019

 

Latar belakang

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Pekan Pakan, saya belum menjalankan aktiviti jualan barang  saya secara online. Namun setelah saya menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI  saya telah  berjinak-jinak dengan perniagaan online dan hasil daripada perniagaan online ini pendapatan yang saya peroleh sangat memberansangkan.  Dahulu saya hanya menjual Kek Lapis dari rumah ke rumah, setelah mendapat tunjuk ajar dari petugas PI juga. Kini pendapatan saya meningkat. Ia juga menjimatkan masa saya untuk berniaga. Saya hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada saya. Ia sangat memudahkan. Saya sangat bersyukur denga adanya pusat internet ini. 

Bentuk Perniagaan

1. Menjual Kek Lapis

2. Berniaga Secara Online dan Offline-Ke rumah-rumah panjang terdekat/saudara-mara.

3. Menjual kek Lapis ( Tempahan ) difacebook https://www.facebook.com/marthaeaster.mf

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk pergi berniaga dari rumah ke rumah. dan ini menyebabkan kos pengangkutan saya tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tugasan saya pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos saya kerana melalui internet ini saya lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa saya untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana saya hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan.Sila lawati facebook saya di   https://www.facebook.com/marthaeaster.mf  untuk melihat  sendiri hasil barangan jualan saya dan kemungkinan juga Tuan/Puan berminat hendak membeli barangan saya.