Utama

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.

Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.

Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.

Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.

Semoga segala usaha ini dipermudah.

FB: https://www.facebook.com/share/p/14jtiPC7iF/

IG: https://www.instagram.com/p/DFr7wW9Bxls/

X: https://x.com/fahmi_fadzil/status/1887073754360193091

TT: https://www.tiktok.com/@fahmi.fadzil/video/7467865096551730439

Kredit: FB Fahmi Fadzil

Galeri Video

December 1, 2014 Galeri Video

Astrid – Terpukau (Medina) from Ahmad Animation on Vimeo.

Baca lanjut →

Pendaftaran NADI

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli NADI Pekan Pakan, Sarikei anda boleh muat turun borang di bawah dan dihantar ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Pakan atau terus […]

Baca lanjut →

Pelancongan

  Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di Pakan. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di […]

Baca lanjut →

Wanita Hari ini

Bagi kaum wanita di kawasan Pakan,  antara program yang telah dijalankan adalah seperti program keusahawanan asas pemprosesan kerepek, membuat kuih-muih dan sebagainya. Ini adalah untuk meningkatakan ilmu kemahiran mereka untuk […]

Baca lanjut →

JKKK

CARTA ORGANISASI AJK NADI PEKAN PAKAN   Pengerusi TR Lembang Anak Datu Timbalan Pengerusi TR Waine Jimmy Anak Changgan Setiausaha Lydia Jelian Bendahari William Chambai Anak Andrew Ungan AJK NADI […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

23 Jun
2:00 pm - 5:00 pm
16 Jun
11 Jun
June 11 - June 12

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya