PELANCONGAN

Rekreasi & Pelancongan | August 17, 2015

Pelancongan

Lumbong Rentap yang  terletak dekat Bukit Sibau, Ulu Wak Pakan akan dinaiktaraf tidak lama lagi sebagai kawasan pelancongan. Inilah yang menjadi simbol kebanggaan penduduk Pakan sehingga kini yang dijaga dengan baik oleh pelbagai pihak.

Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di Pakan. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

 Tiada aktiviti pelancongan yang khusus di Pakan, tetapi bagi yang ingin merasakan menikmati suasana hidup di kampung, maka kedatangan anda amat dialu-alukan oleh warga tempatan.